Saturday, April 25, 2009

j0m Lihat meLihat

Anda suka haiwan peliharaan tak? Jika anda salah seorang daripada pencinta haiwan sedunia, sila-silakan menjamu mata anda melihat dan membaca kisah haiwan ternakan famili saya. Harap-harap semua jangan sedih membca kisah ni yer. Senyumlah selalu~~kerana dirimu, amat berharga!!



Pada awal pembabitan memelihara haiwan ternakan, keluarga saya hanyalah melibatkan ayam kampung. Mudah saja, almaklumlah ketua keluarga saya merupakan peniaga (jual ayam), senang sikit nak kasi dedak ke ape ke. tak gitu??
Ayam kampung nie tak perlu penjagaan rapi, diorang boleh hidup tanpa bantuan manusia, memang senang kalau nak dipelihara. Tapi jangan sampai haiwan-haiwan tersebut masuk ke halaman rumah anda, nahas nanti dengan penangan mereka(tahi ayam lorr). Sebenarnya ayam putih dalam gambar yang saya tunjukkan adalah ayam daging, ayam yang dijual di kedai tu...yang selalu sedara sediri beli untuk dimasak dan dimakan. Ayam tu dah tua, lama sangat hidup. Saya pernah minta ayah saya supaya sembelih ayam tu tapi ditolak mentah-mentah. Saya hairan, kenapa tak nak sembelih padahal dah besar sangat tu. Kalau dijual rasa-rasanya dalam 20 ringgit kot. So, saya tanya kak saya kenapa. Saya dapat jawapannya... Sekali kalau ayah saya niat nak pelihara, maknanya ayam tu akan hidup sebagai haiwan yang dipelihara bukan untuk disembelih. Hmmm...agak pelik tapi tak kisah la.



Kemudian, melalui permintaan adik saya yang amat gemar makan telur puyuh, ayah saya dengan suka-suka hati memborong hampir 20 ekor puyuh hidup. Dah lama pun ada sebenarnya, sekarang semua puyuh ada kat belakang rumah. Setiap pagi, memang menjadi rutin harian hidup untuk memberi makan dan minum puyuh-puyuh tersebut. Habuannya, saya dapat memungut telur puyuh..nge... Nampak tak telur puyuh tu.. sebiji je yang dapat saya kasi lihat. Dalam satu hari, saya dapat pungut berbelas-belas telur. Sedap n rangup. T__T



Anda gemar tak meihat swan terbang meninggi, diselitkan sinar-sinar cahaya yang mengg0da sanubari kita?? ala-ala kartun barbie camtu. hehe..walaupun fantasi indah tersebut tak dapat dikecapi, pelihara yang ori pun kira ok. Kiut gak haiwan tersebut, ikhlaskan hati anda menerimanya dengan sepenuh hati. Kelemahan haiwan nie, mereka kerap menyakitkan hati saya. Suka sangat membisingkan keadaan. Ramai yang takut kat haiwan ni, 'nanti kena sudu gak!!' kata mereka. Jangan risau semua. tak ganas pun haiwan nie. Saya pulak rasa teringin sangat nk pegang leher angsa n cekik mereka. Tapi tak sampai hati pulak.... (padahal tak sempat nak kejar, laju sangat haiwan ni lari). Gambar yang tanah agak berlumpur tu saya snap lepas hujan. Agak kurang menarik gambar-gambar yang ditunjukkan, tapi jangan kecewa yer. Sebab saya akan lagi kecewa.hehe... Angsa-angsa ni semua dah lama kami pelihara, tapi tak pernah dapat pun waris yang kecil n kiut. Entah kenapa, mandul k0t. Hmmm...













Bagaimana pula dengan binatang yang lebih besar? Yang dikatakan busuk oleh banyak pihak?? Saya gembira memiliki mereka..Anda pula bagaimana?
Kisah diorang sebenarnya tak berapa nak menarik. Tapi ok la jugak untuk dikongsi kisah mereka. Pada awalnya, ayah saya bercadang nak beli seekor je kambing betina, kebetulan kambing betina tu ada kembar. Kata tuan punya kambing, makhluk yang berkembar nie susah nak dipisahkan. Nanti terjadi ape-ape hal kat salah satu kambing tu, yang satu lagi pun turut terasa~~ cam manusia pulak kan. Jadi tanpa mendengar syarahan panjang tuan punya kambing tu, ayah saya beli la kedua-dua ekor kambing tersebut. Lama kemudian, merasakan kesunyian hidup kambing-kambing betina tersebut..ayah saya tambah lagi seekor kambing jantan. Pelengkap hidup katakan. Betul tak? Biasanya saya yang tambat kambing-kambing tersebut kat padang yang dipenuhi rumput untuk kasi makan. Tapi hari minggu, serah kat budak-budak je. Dah jadi kerja diorang. Hasil beberapa bulan kemudian, mereka telah menghasilkan waris yang agak kiut. First, kambing betina melahirkan anak jantan sekor. Pada 15 Mac 2009. Dah lebih sebulan dia hidup. Kemudian, kambing betina yang sekor lagi beranak anak kembar, sekor betina n yang sekor lagi jantan. Sekarang, bilangan kambing kat rumah saya makin bertambah dua kali ganda....






~~satu k0muniti tercipta dan berada di satu kawasan, yakni bersebelahan dengan rumah saya~~
SEmUA Gmbar yAng Dtayangkan adalah Hasil Knak2 BAWAH uMUR, hARap maaf andainya tak LAWa. peace~~V.

3 comments: