Friday, November 20, 2009

jangan kasihani daku...

~KePaLA YanG TiDaK TeRaNgKat UntUk MeMAndaNg~

~MaTA YaNg TidaK TerLiriK uNtuK MeLiHAT~

~BiBir YaNg TidAk TeRuKiR uNtUk SeNYuMaN~

MaaF
DiKAU tEtAp KeSayaNGaNkU wALau
kItA tAk BerSamA Lagi...



Kita tidak pernah akan tahu bila yang kita sayang itu akan pergi dari kita.
Bila dia ada, kita tak hargai.
Bila dia sudah tiada, baru lah ingin di tangisi.

Detik-detik terakhir memandang dia, saya tak akan lupa. Entah mengapa, hati terdetik nak sentuh, nak belai dan bawa dia kembali dalam dakapan saya. Tapi saya endahkan kata hati itu. Saya kata,

Nanti-nanti lah. Masih ada masa..

Masih ada masa?

Bila saya kembali, dia sudah tiada. Hilang dalam hiruk pikuk suasana. Hilang di telan ratusan manusia. Hilang dari saya.

Durjana mana yang mencuri dia dari saya? Sebak hati sehingga tak terkeluar titisan air mata.
Dalam kemeriahan suasana di situ, saya tersentak dalam kesunyian yang saya cipta sendiri.

Selamat tinggal, Sony Ericson K770i...


P.s: Ok! ayat saya nak gempak je kan. Haha. Ntah ape yang menarik -_-'

Monday, November 16, 2009

Menemui pembaca budiman sekalian,

Saya tahu saya tahu. Sudah AMAT lama saya tidak mengupdate blog ini. Sampai blog kesayangan ramai (*koffkoff*) ini sudah bersawang, penuh dengan anai-anai dan serangga perosak. Tunggu masa sahaja untuk roboh, ha
ncur dan berkecai. Jadi sebelum semua itu terjadi, saya mengambil keputusan untuk mengupdate jua blog ini, dengan harapan blog ini akan terus bertahan bersama arus zaman...

Anyways, saya terfikir, jika saya mahu menulis setiap peristiwa menarik atau pengalaman peribadi yang tidak boleh dilupakan satu-persatu dalam post kali ini, nescaya saya akan berputus asa lantas blog ini akan bersawang kembali. Lagipun ada ke orang nak baca blog saya ni?? Curious yang teramat berlegar-legar di kepala ni. Oleh sebab itu, saya tidak akan berbuat demikian. Marilah kita mulakan hidup yang baru...! (macam kurang relevan... -.-' )

Owh ye... Kalau ada idea nak saya postkan dalam blog nie.. TOLONG la ea. Saya ketandusan ilham. Almaklumlah, kate2 berbentuk ilmiah pon sukar nak berada di dada..so, paham2 la ea. Hehe