Monday, November 16, 2009

Menemui pembaca budiman sekalian,

Saya tahu saya tahu. Sudah AMAT lama saya tidak mengupdate blog ini. Sampai blog kesayangan ramai (*koffkoff*) ini sudah bersawang, penuh dengan anai-anai dan serangga perosak. Tunggu masa sahaja untuk roboh, ha
ncur dan berkecai. Jadi sebelum semua itu terjadi, saya mengambil keputusan untuk mengupdate jua blog ini, dengan harapan blog ini akan terus bertahan bersama arus zaman...

Anyways, saya terfikir, jika saya mahu menulis setiap peristiwa menarik atau pengalaman peribadi yang tidak boleh dilupakan satu-persatu dalam post kali ini, nescaya saya akan berputus asa lantas blog ini akan bersawang kembali. Lagipun ada ke orang nak baca blog saya ni?? Curious yang teramat berlegar-legar di kepala ni. Oleh sebab itu, saya tidak akan berbuat demikian. Marilah kita mulakan hidup yang baru...! (macam kurang relevan... -.-' )

Owh ye... Kalau ada idea nak saya postkan dalam blog nie.. TOLONG la ea. Saya ketandusan ilham. Almaklumlah, kate2 berbentuk ilmiah pon sukar nak berada di dada..so, paham2 la ea. Hehe

2 comments: